SENARAI MAIN VIDEO PREDATOR

Ketahui tentang grooming seksual kanak-kanak melalui video siri Predator In My Phone.

WATCH IN ENGLISH

Asuhan | Ep. 1: KAWAN [Predator In My Phone]

Selama enam bulan, wartawan kami menyamar sebagai budak perempuan berumur 15 tahun dan menggunakan akaun palsu di chat apps untuk lihat samada pemangsa seksual kanak-kanak akan mendekati kami.

Asuhan | Ep. 2: KEPERCAYAAN [Predator In My Phone]

Pemangsa seksual kanak-kanak mempunyai pelbagai taktik – salah satunya ialah untuk membina kepercayaan antara pemangsa dan mangsa. Dengan cubaan untuk menormalisasikan aktiviti seksual, timbulnya perasaan ingin cuba di kalangan kanak-kanak yang masih mentah dan naif tentang dunia.

Asuhan | Ep. 3: KAWALAN [Predator In My Phone]

Kami berjumpa “Cikgu”, yang memainkan watak seperti seorang kawan baik yang hanya mahu “mengajar” wartawan kami (yang menyamar sebagai 15 tahun) tentang seks… di dalam kereta.

Asuhan | Ep. 4: KONFLIK. [Predator in My Phone]

Mangsa-mangsa penderaan seksual meluahkan pengalaman hitam mereka. Malangnya, tiada seorang pun dari pemangsa-pemangsa mereka yang dibawa ke mahkamah.

Dating A Predator: "K-Boy" [versi Bahasa Malaysia]

Kami namakan dia “K-Boy”. Pemangsa ini berkawan dengan wartawan kami yang menyamar sebagai budak perempuan berumur 15 tahun di WeChat.

Perbualan online mereka seakan-akan kawan biasa tapi apabila mereka merancang untuk berjumpa, “K-Boy” membuat keputusan untuk menempah bilik hotel.

Dating A Predator: "Househusband" [versi Bahasa Malaysia]

Lelaki ini tidak berputus asa dan tetap menegaskan untuk pergi ke rumah seorang wartawan yang menyamar sebagai seorang remaja perempuan berusia 15 tahun.

Dating A Predator: "The Teacher" [versi Bahasa Malaysia]

Lelaki ini tidak teragak-agak untuk mengajak wartawan R.AGE yang menyamar sebagai seorang remaja perempuan berusia 15 tahun ke bilik hotel dengan alasan untuk mengajarnya mengenai seks.

Dating A Predator: "Fotoman" [versi Bahasa Malaysia]

“Kalau awak tak nak lakukan seks, kita boleh buat yang ringan-ringan sahaja,” katanya kepada seorang wartawan R.AGE yang menyamar sebagai seorang remaja berusia 15 tahun.